Hegrano ialah tepung serbaguna bebas gluten yang diformulasikan khas untuk memberikan hasil masakan yang lembut, gebu dan enak tanpa kompromi rasa. Diperkaya dengan prebiotik, bebas bahan pengawet dan tiada aditif tambahan, Hegrano sesuai digunakan untuk pelbagai jenis masakan, kek, biskut dan kuih-muih.

Dengan kualiti premium dan tekstur halus, Hegrano membantu anda menyediakan hidangan yang lebih sihat, mesra untuk seisi keluarga dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas gluten.

Pancake Hegrano Manis Hegula

Resipi ini boleh buat 6-9 keping pancake (bergantung pada size)
Kalori: ±120 kcal per keping

Bahan-bahan (6 keping)

  • 1 cawan tepung tanpa gluten
  • 1 sudu besar pemanis semulajadi (Hegula)
  • 1 sudu teh serbuk penaik (gluten-free)
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • Garam bukit (secukup rasa)

Cara penyediaan

  1. Satukan tepung tanpa gluten (Hegrano), serbuk penaik, pemanis semulajadi (Hegula) dan garam.
  2. Masukkan telur, susu dan minyak, kacau hingga licin.
  3. Panaskan kuali non-stick, tuang adunan sedikit demi sedikit.
  4. Masak hingga permukaan berbuih, terbalikkan dan masak sekejap.
  5. Hidangkan panas bersama buah segar.

Tips Jimat:

  • Perahan lemon buat pancake lebih gebu.
  • Santan segar ganti susu untuk rasa lemak.

Info Sihat:

  • Tepung tanpa gluten (Hegrano) tinggi serat, sesuai diet bebas gluten.
  • Pemanis semulajadi (Hegula) rendah indeks glisemik.

Lempeng Kelapa Tanpa Gula

Resipi ini boleh buat 5 keping lempeng kelapa (bergantung pada size)
Kalori: ±90 kcal per keping

Bahan-bahan (5 keping)

  • 1 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • 1/2 cawan kelapa parut segar
  • 1 sudu besar pemanis semulajadi (Hegula)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • Garam (secukupnya)

Cara penyediaan

  1. Satukan semua bahan, kacau sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick, tuang adunan nipis.
  3. Masak hingga keperangan kedua-dua belah.
  4. Hidangkan panas bersama sambal atau madu pemanis semulajadi (Hegula)

Tips Jimat:

  • Kelapa parut muda lebih lembut.
  • Tambah esen vanila untuk aroma

Info Sihat:

  • Kelapa sumber lemak sihat & serat.

Karipap Kentang Hegrano

Resipi ini boleh buat 20 biji karipap (bergantung pada size)
Kalori: ±110 kcal per biji

Bahan-bahan (6 keping)

  • 2 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • 1/2 cawan marjerin tanpa garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji kentang (rebus)
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Garam (secukupnya)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

  1. Gaul tepung tanpa gluten (Hegrano) dan marjerin hingga jadi serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh, rehatkan 15 minit.
  3. Canai doh, letak inti, lipat dan kemaskan tepi.
  4. Goreng hingga keemasan.

Tips Jimat:

  • Boleh tambah sedikit sayur seperti kacang peas.

Info Sihat:

  • Bebas gluten, sesuai untuk mereka yang alah gandum.

Popia Sayur Bakar

Resipi ini boleh buat 15 popia sayur
Kalori: ±90 kcal per keping

Bahan-bahan (15 biji)

Kulit Popia

  • 1 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk tekstur lebih lembut)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 ½ cawan air (tambah sikit-sikit sampai dapat kepekatan sesuai)
  • 1 sudu minyak masak
Inti Popia
  • 15 keping kulit popia bebas gluten
  • 1 cawan kobis (hiris halus)
  • ½ cawan lobak merah (hiris halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • Garam & lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan

Kulit Popia

  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung bebas gluten, tepung jagung dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga adunan licin (tak berketul). Adunan kena cair, tapi masih melekat nipis di senduk.
  3. Masukkan minyak dan kacau rata. Rehatkan adunan 10–15 minit.
  4. Panaskan kuali non-stick dengan api perlahan. Ambil sesenduk adunan, ratakan nipis di kuali.
  5. Masak lebih kurang 1–2 minit atau sampai tepi kulit terangkat. Tak perlu terbalikkan.
  6. Angkat dan susun atas kain bersih atau tisu dapur. Tutup supaya tak kering.

Inti Popia

  1. Tumis bawang putih & bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan sayur, garam & lada sulah, masak sekejap.
  3. Sejukkan, gulung dalam kulit popia.
  4. Susun di loyang, spray sedikit minyak, bakar 180°C selama 15–20 minit.

Tips Jimat:

  • Guna kuali non-stick betul-betul licin supaya tak melekat.
  • Kalau nak simpan, lapis setiap kulit dengan plastik atau kertas minyak.

Info Sihat:

  • Kurang minyak sebab dibakar, bukan digoreng.

Kek Coklat Kukus Hegula

Resipi ini boleh buat 8 potong kek coklat 
Kalori: ±180 kcal per potong

Bahan-bahan (8 potong kek)

  • 1½ cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • ½ cawan serbuk koko tanpa gula
  • ½ cawan pemanis semulajadi (Hegula)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 biji telur

Cara penyediaan

  1. Satukan bahan kering: tepung tanpa gluten (Hegrano), serbuk koko, soda bikarbonat, pemanis semulajadi (Hegula).
  2. Masukkan telur, minyak & susu, kacau sebati.
  3. Tuang ke loyang, kukus 45 minit.

Tips Jimat:

  • Guna kukus, tak perlu oven.

Info Sihat:

  • Kurang gula & bebas gluten

Cucur Sayur Rangup

Resipi ini boleh buat 10 biji cucur sayur rangup (bergantung pada saiz) 
Kalori: ±90 kcal per biji

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • ½ cawan taugeh
  • ½ cawan kobis (hiris halus)
  • 1 batang lobak merah (hiris halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • Garam & lada sulah secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak, tambah air sedikit demi sedikit hingga jadi adunan pekat.
  2. Panaskan minyak, sudukan adunan dan goreng hingga keemasan.

Tips Jimat:

  • Boleh guna baki sayur dalam peti sejuk.

Info Sihat:

  • Bebas gluten, tinggi serat dari sayur.

Kek Oren Hegrano Hegula

Resipi ini boleh buat 8 potong kek oren
Kalori: ±170 kcal per potong

Bahan-bahan

  • 1½ cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • ½ cawan pemanis semulajadi (Hegula)
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • ½ cawan jus oren segar
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara penyediaan

  1. Campur bahan kering dan basah secara berasingan, kemudian satukan.
  2. Tuang ke loyang, bakar 180°C selama 25–30 minit.

Tips Jimat:

  • Guna oren tempatan lebih murah.

Info Sihat:

  • Tanpa gula tebu, vitamin C tinggi.

Tart Nanas Mini Bebas Gluten

Resipi ini boleh buat 25 biji tart nanas mini
Kalori: ±70 kcal per biji

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • ½ cawan marjerin tanpa garam
  • ½ cawan pemanis semulajadi (Hegula)
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan jem nanas tanpa gula

Cara penyediaan

  1. Gaul marjerin, pemanis semulajadi (Hegula), kuning telur hingga sebati.
  2. Masukkan tepung tanpa gluten (Hegrano), uli hingga jadi doh.
  3. Bentuk bebola kecil, isi jem nanas, bakar 170°C selama 20 minit.

Tips Jimat:

  • Jem nanas homemade lebih jimat & sihat

Info Sihat:

  • Bebas gluten, manis sihat.

Donut Free Gluten Hegula

Resipi ini boleh buat 12 biji donut (bergantung pada saiz)
Kalori: ±140 kcal per biji

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • 1 sudu kecil yis segera
  • ½ cawan pemanis semulajadi (Hegula)
  • 1 biji telur
  • ½ cawan susu rendah lemak
  • ¼ cawan minyak masak

Cara penyediaan

  1. Campur yis, susu suam & pemanis semulajadi (Hegula), biar berbuih.
  2. Masukkan telur, minyak, tepung tanpa gluten (Hegrano), uli hingga lembut.
  3. Bentuk donut, biar kembang 30 minit.
  4. Goreng sehingga masak.

Info Sihat:

  • Rendah lemak, bebas gluten

Kek Carrot Hegrano Hegula

Resipi ini boleh buat 8 potong kek carrot
Kalori: ±190 kcal per potong

Bahan-bahan

  • 1½ cawan tepung tanpa gluten (Hegrano)
  • 1 cawan lobak merah parut
  • ½ cawan pemanis semulajadi (Hegula)
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis

Cara penyediaan

  1. Satukan semua bahan kering.
  2. Masukkan lobak merah, telur, minyak, kacau sebati.
  3. Tuang ke loyang, bakar 170°C selama 40–45 minit.

Tips Jimat:

  • Tak perlu topping krim untuk versi sihat.

Info Sihat:

  • Tinggi serat & vitamin A.